Program AI Wira Maxis: Modul 9 & 10 - Design Thinking & Creative Thinking
8 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Ogos 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar Program AI Maxis Modul 9 dan 10 yang bertajuk Design Thinking and Creative Thinking. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada kaedah berfikir secara kreatif dan sistematik dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Peserta didedahkan kepada konsep Design Thinking dan Creative Thinking, serta cara menggunakan AI untuk membantu menjana idea, mengenal pasti masalah dan menghasilkan penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif. Sesi ini turut menekankan penggunaan AI secara bijak bagi menyokong proses pemikiran dan meningkatkan produktiviti.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan AI sebagai alat sokongan untuk menghasilkan idea baharu serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: